Tuesday 21 July 2015

Day 1: Koh Lipe!! Here we go!!

Planning nak pergi bercuti? Tapi nak pergi mana ya? (Ala2 iklan percutian 2 hari 3 mlm la konon haha). Eh why not uols try Koh Lipe.. Gerenti best!! To beach lovers la ye kih3.. For me yes!! I am a beach lover.. Sunburn smpai hitam terbakar pun I tak kisah as long as can hit the beach..

Nak pergi Koh Lipe senang je uols. Ada beberapa options uols blh pilih.
1) Dari Langkawi direct pergi Koh Lipe ( option ni utk peak season aje ya. Dari hjng bln 11 smpai awal bln 5. Sbb time ni ramai tourists so perkhidmatan feri ada 2 trips sehari (9.30am sekali pastu 2.30pm sekali). Kalau low season mmg dr Langkawi takde servis ya)
2) Korg pegi Hatyai dulu(jenjln sana kjp) pastu ambil van dari Hatyai pergi jeti Pak Bara, Satun. Then dari Pak Bara akan ada speed boat direct ke Koh Lipe. Option ni boleh guna masa low season. Tapi korg kena pandai2 deal dgn bisnes speedboat tu ya. Biasala kan benda limited ni mmg mahal hehe.

DAY 1
Okay I start my story la.. Hehe.. This trip kita pergi 3 org. I dgn lagi dua org travel buddies(yang sekepala gilanya hehe). Kita pergi dari Kuala Lumpur. Ambil flight dari klia2 pergi Langkawi. Pastu kat Langkawi kita pergi sambung feri kat Telaga Harbour. Flight kitorg pagi around 8.30am. So perjalanan took around 45 mins je dari KL. Kita smpai Langkawi dalam pukul 9.30am. Yang sedihnya kita tak sempat feri pukul 9.30am tu. Sebab cun2 kan sampai airport mana la sempat. Siapa la nak tunggu kitorg hahaha.. Uols bayangkan la dari 9.45am smpai 2.30pm tu apa kita buat kt terminal feri tu. Photoshooting semestinya yess!! Tapi kalu lama sgt pun apa la nk pose kan.. So kat Telaga Harbour tu ada stesen Petronas. Apa lagi beli satu maggie cup kita makan dr pagi sampai tengah hari XD.
 
Pose jer tak kisah.. haha kat Telaga Harbour. Byk kapal kat sini..



Walking around then snap je apa yg ada.. hehe

Sementara tu abang2 yang kerja kat terminal tu collect la kita punya passports. Nak bawa pergi cop beramai-ramai kan. Jangan terkejut, passport dorg akan simpan semasa dlm perjalanan ke Koh Lipe. Nanti smpai sana kita berbaris tunggu dorg panggil nama then ambil balik korg punya passport. Jgn excited mcm buddies I ya.. Excited dengan air laut smpai passport pun tak nak ambil balik XD...

Akhirnya 2.30pm tiba.. Yeehaaa!! Betapa happynya kanak2 ribena 3 org ni.. Ye la kan dh berhari tnggu lat sana. Boringggg.. Kita punya la excited ke hulu ke hilir dalam feri tu. Haha the best part is I ada kelebihan sikit nih.. Haha cewah2.. Bukannya nak menunjuk ya cuma nak bgtau I am a Thai Malaysian!! I can speak thai fluently.. Heee.. Mmg pijak kaki naik feri je omg I rasa I mcm balik kampung uols hahaha.. I bertegur la pak cik atas kapal tu dlm bahasa thai. Pak cik tu terkejut.. Haha siap tnya I 'หลงมาจาหไหนอ่ะหนู.. ลังกาวีมีคนไทยด้วยหรือ? (Adik ni sesat dari mana? Kat Langkawi ni ada org Thai ke?).. Haha pakcik fyi, kat Malaysia kan berlambak.. Hahah Kedah, Perlis, Terengganu, Perak, Kelantan byk pakcik.. Haha.. Dia macam happy jmpa I.. Apa lg gunakan kelebihan ni tnya mcm2 la.. Haha.. Siap minta permission naik ats deck nk mkn angin. Pak cik ckp bg keluar dari jeti dulu ya dik. Nnti abg2 yg jaga Telaga Harbour tu marah. Biar lps pandangan dorg dulu. (Okay 3 monkeys waiting with patience) hahah..
 
Ala-ala modelling shooting hahahhaa

Nongnee and Khun Phu hehe.. 

Semua pakat naik atas menyedut udara segar. 

And finallyyyyyy dh lps dr mata2 abg kt sana kami pun dgn lajunya naik ats sana.. Mmg the best experience I've ever had.. Walaupun kelajuan angin mcm taufan melanda tp mmg best. Jalan pun rasa mcm nk terbang. CAUTION!! Pegang elok2 besi ke, lengan boypren ke whatsoever yg korg blh paut.. Mmg kalau korang kurus blh terbang wei. Seriously.. Haha.. Then jgn la pulak pkai fancy hat ala2 hollywood bollywood kat atas ni ye.. Sure kena beli lain kat Koh Lipe nanti.. Haha..
Rugi nok.. Haha..

Perjalanan dari Langkawi pergi Koh Lipe around 1 hour. Dkt2 nak smpai tu excited gile. Eh air lautnya yg jernih lagi hijau tu memang terpukau. Cantikkkkkk!!! First time in my life I jmpa this pretty islands.. Tp nampak ya perjalanan kita tak senang mcm disangka. Heh heh heh. Kita di'lepaskan' dkt satu pelantar. Eh, kenapa nak lepaskan kita kat sini? The reason is, feri tu besar sgt syg. Kalau dorg benarkan masuk smpai tepi pantai nanti akan merosakkan corals. Wah hebat sungguh gov Thailand ni. Mmg tak hairan kenapa dorg punya industri pelancongan mmg mantap! Bagus. So kami2 dilepaskan kat pelantar tu supaya kami ni boleh la sambung long tail boat untuk di'transfer'kan ke tepi pantai. Staff dia yang jaga kat pelantar tu friendly gila. Lagi2 dorg tau I am a Thai!! Haha. Semua boleh dikatakan สาวประเภท 2 atau senang nak knal adalah lelaki berjiwa perempuan. Siap joking dgn I lgi uols. Haha dia cakap mak dia ikan duyung, ayahnya Indian guy from Malaysia so ank kluar jadi la dia.. Hahaha.. Okay I get what you mean sis aka bro.. Haha.. 

Lpas dapat kita punya long tail boat, staff dorg pun bawa la kita ke tepi pantai. Mmg guys you can see fishes and corals down there!! Sgt cantikk.. I dah mcm perempuan gila. Tangkap gmbr non stop... Hehe.. Smpai kat tebing je kita pegi berbaris kat pondok imigresen dorg. Pastu mmg akan ada sapaan dari abg2 yang tggu customers kat tepi pantai tu. Kot2 la korg book hotel/resort dorg kan, mmg dorg ada servis angkut brg free(tapi kalau book yang murah tu jgn la cari2 pulak ye. Xda org tnggu mmg kena jln cari sndri :P)

Alkisahnya bermula la kat sini. Dua org buddies I tu ntah mungking terkesima dgn kecantikan pantai smpai lupa passport!! Haha.. Tak hairan pun kemanakah passport dorg hilang. Tangkap gambr non stop. Err hey guys, could you please come here and take back your passport pleasee??? Haha. Baru la perasan terhegeh2 nak dtg kat pondok imigresen smbila cakp 'eh view so nice until I forgot my passport... Heeee..' Sengih la ko. Kang hilang passport ko duduk la atas pulau ni jd alien ya.. :P



Pondok Imigresen...

After that we jln2 cari la hotel yg dh booked tu. Kita booked Baan Kasirin 2. Eh cari lama guys tak jumpa. Hahah.. Almaklumla tak mahal kan. Xde org tggu amk. Tnya sepanjang jln. Dah la luggage berat. Tarik atas pasir. Hanya tuhan yg tahu. Haha.. (Masalahnya mkn maggie cup tu secawan dr pagi :p) Ok, ada org local sana ckp hotel kita agak pedalaman sikit (hah!! Wat?? Pedalaman? Maigodddd). So kita kena go through Walking Street, naik bukit, turun bukit baru smpai. Aha masa nak bukit kemain terjelir lidah. Penat. Turn turun bukit pulak xde brek. Haha.. Imagine yourself.. Hehe.. Mcm nk tersungkur. Finally we arrived(safely :p). Hotel kitorg dpn2 Pooh's Bar. Masuk dlm check in everything. Kita minta tilam extra sbb 3 org kan. Actually I've booked for 2 person only. Tp no worries, if you travel to Thailand this is not a big issue at all. Tambah duit tambah tilam settle!! Hehe.

Hotel ni quite budget. 3 hari 2 mlm just rm300 plus. Tambah katil RM70. Condition bilik ok sgt2. Tp I tak berapa puas hati air paipnya. Slowww. Mandi pun tak puas. Hmm.. Upgrades pleasee!!! Letak je bag kita tak tgk apa dah. Terus kluar. Memburu makanan is the must. Haha.. Lapar wei.. We choose to eat at halal punya restaurant sbb kdai lain blm buka. Sini mmg kalau siang2 ni sunyiii je. Tggu mlm menjelma.. Jeng jeng jengggg.. Haha. Ok back to makan, kita order lain2 makanan sbb nk try kan. I order nasi kerabu Lipe. For me just so so. Xla wow mana pun. One of my buddy order phat thai. Taste better than Malaysia of course. Another one he is a vegetarian haha so nasi goreng vege. Ok no comment about this ahhaha.. :p I order la satu lagi dish kegemaran I iaitu somtam!!! Hehe.. Sedap gilaaaa.. Mmg pergi Thailand mna2 part pun this is the must food to try. My vege friends like it so much!! Haha.. Tengok la you dtg dgn sapa kan. Haha. 

After finish eating mmg tak sabar nk turun air laut. Finally we jumppppp!!!! Hahah. It's really like a dream man.. Haha.. Berendam dlm air yg jernih gila.. Tp sedihnya I taktau berenang.. Hurmm.. Whatever. Like I care!! Haha..
Tgh2 berendam tu ada la ikan berlanggaran kaki kat bwh. Mmg scary la jgk. Haha tkut la sea urchin ker.. Haha.. Ada la mamat dr northern Thailand tu kena. Kita oun terus naik. Haha tkut kononnya. :p (This part memang takde gambar sebab kitorg tak bawa sebarang device yg boleh merakam gambar. Nak berendam kan hehe)


Malam tu kita jalan2 je kat Walking Street. So alive!!! Lagu dipasang dkt bar2 sepjg jln dgn org menari. Sekali dgn deejaynya. Wah.. Mmg best. Sesi panggang memanggang seafood pun bermula. I tak try pun seafood sebab buddies I tu sorg ya vege, sorgnya ats reason kesihatan. I am okay. Sbb blh save byk duit. Kih3.. Seafood mahal. Haha.. Kita serbu 7eleven!! Haha.. Omg heavennn.. Beli mcm2 snack pastu pergi picnic tepi pantai. Picnic memalam ni biar betul. Haha.. Sambil2 tgk bulan kan then feed those dogs yang ada kt situ. Fyi, lat pulau ni byk gile anjing ya. Smua friendly. Hehe. Tak garang. Korg jgn pkul dia je confirmed dia tak kacau korg. Hehe.. Can become your bodyguard kay. Haha. Kita picnic kjap je sbb letih kan. Nak balik tido. Dlm perjalanan tu kita diskas nk snorkeling. Hehe smbil2 cari la package kan. Dorg offers 2 packages utk snorkeling (Bgi yg langsung tak tahu berenang.) Package 550baht utk 5 pulau, then 850baht untuk 6 pulau (if im not mistaken). So kita amk yg 5 pulau. Bayar siap, balik tido. Esk nak bgun awal tu. 8am kena ada kt depan kdai dia sbb dorg nk bertolak awl. Hehe. So kita pun balik ke bilik, online jap(dorg provides wifi) then tidooo... 
Nongnee dgn aktiviti snap snap.. :)


Pancake thai version. Byk kedai jual pancake ni.Mcm2 perisa ada. Must try..

Show by the bar.

Inilah kawan picnic kita for the night. Cute kan? hehe
Good night hehe.. 
To be continue.....

No comments:

Post a Comment